Saturday, January 21, 2012

Bolehkah kita berhibur?

Memang manusia suka berhibur…memang syaitan pun suka…berhibur memang seronok..tapi tahukah kita berhibur yang keterlaluan boleh merosakkan?
Kita sering dihibur, diulik-ulik, dikonsertkan sampai cerah bumi, melalak sampai pagi, menangis sampai basah pipi sekiranya artis kita tak juara…


anugerah juara lagu,
pelbagai rancangan hiburan samada untuk mak budak, bapa budak, remaja dan kini kanak-kanak pun ada slotnya...idola kecil

kalau dulu, mak bapak menangis anaknya pernagai teruk,menangis anaknya degil, menangis anaknya masuk university..
Tap kini? ramai mak dan bapa budak menangis anak berjaya jadi juara. Bersorak untuk anaknya..
kecoh seluruh kampung , anak kampung juara dalam menyanyi. Bangga anaknya juara..bangga anaknya glamour berpakaian seksi depan khalayak…apa tanda semua ini?

Apa dah jadi dengan masyarakat kini?Bolehkah kita membangunkan rakyat dan masyarakat dengan menyebarkan keburukan dan kemungkaran dikalangan anak-anak mudanya? Mahukah kita melihat anak bangsa kita musnah?

Bolehkah kita membangunkan umat dengan nyanyian yang berbau seks, filem lucah,kisah hantu dan khurafat? Kisah-kisah yang mempersenda nilai-nilai rohani.

Sedarkah kita bahawa rakyat dan tentera yang dipimpin oleh Muhammad s.a.w tidak pernah mencapai kemenangan kerana banyaknya jumlah tentera.

Sedarkah kita bahawa musuh yang dihadapi oleh baginda itu sentiasa mengatasi jumlah dan kelengkapan perang yang dimilikinya.

Yang menang ialah pasukan kecil menentang pasukan besar di medan Badar.
yang menang juga adalah pasukan kecil ke atas pasukan besar Rom dan Parsi ketika itu.

Kemenangan tidak boleh dicapai tanpa aqidah yang membangun dan membina, yang dapat bertahan ketika damai dan tidak undur ketika perang.

Islam adalah senjata rahsia yang membuatkan umat Arab ketika itu sanggup memimpin dunia beberapa kurun lamanya di dalam lapangan politik,peradaban dan peperangan.

Jadi sekarang kita juga kena kembali menggunakan senjata ini sepertimana yang pernah diguna oleh datuk nenek kita dahulu supaya kita juga menang seperti mereka menang, supaya kita dapat memimpin. dunia seperti mereka memimpinnya ataupun kita masih lagi kekal di bawah tiupan angin taufan yang mencampakkan kita menjadi umat yang dihina dimerata tempat.
Islam tidak melarang kita berhibur tapi biarlah ada batasnya..Islam itu indah..Islam mengatur semua ada sebabnya..sungguh indah Islam ini…

Lebih baik kita berselawat..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mazlie's Design 2014 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad