Saturday, January 21, 2012

Bolehkah kita berhibur?

Memang manusia suka berhibur…memang syaitan pun suka…berhibur memang seronok..tapi tahukah kita berhibur yang keterlaluan boleh merosakkan?
Kita sering dihibur, diulik-ulik, dikonsertkan sampai cerah bumi, melalak sampai pagi, menangis sampai basah pipi sekiranya artis kita tak juara…


anugerah juara lagu,
pelbagai rancangan hiburan samada untuk mak budak, bapa budak, remaja dan kini kanak-kanak pun ada slotnya...idola kecil

kalau dulu, mak bapak menangis anaknya pernagai teruk,menangis anaknya degil, menangis anaknya masuk university..
Tap kini? ramai mak dan bapa budak menangis anak berjaya jadi juara. Bersorak untuk anaknya..
kecoh seluruh kampung , anak kampung juara dalam menyanyi. Bangga anaknya juara..bangga anaknya glamour berpakaian seksi depan khalayak…apa tanda semua ini?

Apa dah jadi dengan masyarakat kini?Bolehkah kita membangunkan rakyat dan masyarakat dengan menyebarkan keburukan dan kemungkaran dikalangan anak-anak mudanya? Mahukah kita melihat anak bangsa kita musnah?

Bolehkah kita membangunkan umat dengan nyanyian yang berbau seks, filem lucah,kisah hantu dan khurafat? Kisah-kisah yang mempersenda nilai-nilai rohani.

Sedarkah kita bahawa rakyat dan tentera yang dipimpin oleh Muhammad s.a.w tidak pernah mencapai kemenangan kerana banyaknya jumlah tentera.

Sedarkah kita bahawa musuh yang dihadapi oleh baginda itu sentiasa mengatasi jumlah dan kelengkapan perang yang dimilikinya.

Yang menang ialah pasukan kecil menentang pasukan besar di medan Badar.
yang menang juga adalah pasukan kecil ke atas pasukan besar Rom dan Parsi ketika itu.

Kemenangan tidak boleh dicapai tanpa aqidah yang membangun dan membina, yang dapat bertahan ketika damai dan tidak undur ketika perang.

Islam adalah senjata rahsia yang membuatkan umat Arab ketika itu sanggup memimpin dunia beberapa kurun lamanya di dalam lapangan politik,peradaban dan peperangan.

Jadi sekarang kita juga kena kembali menggunakan senjata ini sepertimana yang pernah diguna oleh datuk nenek kita dahulu supaya kita juga menang seperti mereka menang, supaya kita dapat memimpin. dunia seperti mereka memimpinnya ataupun kita masih lagi kekal di bawah tiupan angin taufan yang mencampakkan kita menjadi umat yang dihina dimerata tempat.
Islam tidak melarang kita berhibur tapi biarlah ada batasnya..Islam itu indah..Islam mengatur semua ada sebabnya..sungguh indah Islam ini…

Lebih baik kita berselawat..

Hukum Nikah Khitbah ( Nikah Gantung )

Dengar Penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai permasalahan ni...


Tanam Anggur (menganggur)

Baru abis belajar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris tetapi tidak tahu nak buat apa...menganggur ke?aduh..

Masih dalam kebingungan mahu buat apa sementara ditempatkan mengajar di sekolah. Nak kawin jauh sekali..calon tiada lagi duit pun tak banyak. Tanam anggur la ntah berbuah atau tidak..makan tido pun bosan gak..huhuhu

apa lagi nak buat ni?apa2 pun kena cari keje..tak kisah la keje ape pun..asalkan keja yang halal..cari calon bar dulu..tak ada yang sudi..huhuhu

Hampir 4tahun belajar di UPSI..tibalah masa untuk aku berdikari sebagai pekerja..apa keje yang sesuai untuk aku ni?pening dh ni..bukan memilih tapi tak tahu nak keje ape..ape2 pun teruskn mncari keje..huhuhu







Thursday, January 19, 2012

Mencintai Tidak Semestinya Memiliki

Banyak hari sejak kebelakangan ini aku tengok dalam ‘facebook’ ramai orang meletakkan status berkaitan cinta. Ada yang ‘post’ video jiwang. Ada yang menghebohkan status hubungan. Ada yang meluahkan perasaan cinta dan rindu kepada buah hati melalui ‘facebook’.  Tak terlepas juga ada yang mengepost artikel dan video mengenai kisah lelaki atau menunjukkan lelaki ni jahat dan tak setia. Mungkin sebab putus cinta kot membuatkan mereka ‘post berkaitan tu. Di sini aku bukan nak mengata atau mengutuk. Biasa dan normal seseorang itu ada perasaan cinta kepada seseorang bukan sejenisnya. Tidak normal kalau mempunyai perasaan cinta kepada sejenisnya. Cinta itu anugerah Allah. Mengapa kita nak mempertikaikan? Saya tidak mempertikaikan itu. Saya pun manusia biasa yang mempunyai perasaan cinta itu. Saya mengakuinya.


 Ingatlah bahawa jodoh itu milik Allah. Kita hanya mampu merancang. Adakah kita perlu menghebohkan kepada orang ramai yang kita ni bercinta dengan si dia? Tujuan apakah itu semua? Untuk orang ramai berdoa akan hubungan cinta kita itu? Rasanya tidak perlu. Mengapa saya berkata tidak perlu? Alasannya mudah. Jodoh itu milik Allah. Dalam Islam bercouple itu tidak muncul istilahnya. Yang ada bertunang dan berkahwin dan perlu dihebohkan. Mengapa cinta tak perlu dihebohkan? Bukan ke berkahwin itu tak semestinya kekal? Allah juga yang menetapkan jodoh seseorang. Jawapannya mudah. Berkahwin itu halal dan bercinta tanpa ada ikatan sah itu tidak halal. Tidak perlu kita hebohkan pasal hubungan cinta yang belum pasti. Hebohlah kepada umum mengenai tarikh perkahwinan anda dan jemputlah kawan-kawan anda kerana itu adalah tuntutan.


Begini paling mudah. Perasaan cinta itu anugerah Allah. Jika anda jatuh cinta kepada seseorang dan sedang bercinta dengan seseorang, biarlah anda dan pasangan anda je yang tahu. Tidak perlu menghebohkannya. Nanti apabila sudah pasti dia milik anda, hebohlah kepada sesiapa pun yang si dia tu milik anda. Kalau tak heboh kat facebook dia tu kekasih kita nanti orang lain kebas pula macma mana? Tak ke melepas? Senang jawapannya. Itulah menunjukkan si dia tu bukan jodoh anda. Kalau dia jodoh anda, walau bagaimana keadaan sekalipun cubaan yang datang pasti anda juga memilikinya. Jika anda berpisah kerana dia berjumpa dengan orang lain atau tanpa disangka-sangka sebabnya, sedarlah bahawa itu kekuasaan Allah. Allah mengetahui mana yang terbaik buat hambanya. Hikmah tersembunyi pasti ada. Yakinlah dengan Allah. Anda bercintalah seperti biasa-biasa sahaja. Dah kahwin nanti berkasih sayanglah anda seromantiknya. Anda pasti bahagia.

Dulu saya pernah bercinta dan boleh dikatakan heboh semua orang tahu. Saya yakin masa tu dialah milik saya. Saya yakin bahawa dia jodoh saya. Saya yakin begitu sebab kami saling mencintai dan dia tidak rela berpisah dengan saya. Tanpa disangka. Tanpa diduga hubungan kami berakhir jua. Itulah saya cakap tadi bahawa yakinlah dengan Allah. Allah pasti menghantar sesuatu yang akan membahagiakan kita. InsyaAllah. Mencintai tak semestinya memiliki. Anda boleh mengatakan yang anda hanya mencintai dia seorang sahaja tetapi adakah anda yakin dia milik anda? Ingatlah tiada apa pun yang boleh menandingi kekuasaan Allah. Allah jua yang maha mengetahui. Yakinlah dengan Allah. Jangan kita mengharap kepada manusia tetapi berharaplah kepada Allah. Berharap kepada manusia belum tentu kita dapat tetapi berharap kepada Allah tiada apa pun yang mustahil untuk kita dapat. Yakinlah.

Saya pernah mengajar untuk menjalani salah satu syarat sebagai pelajar pendidikan di sebuah sekolah. Tanpa saya sedari bahawa pemikiran pelajar sekarang ni hebat-hebat. Saya tidak menyangka akan ditanya soalan demikian. Seorang pelajar perempuan berkata kepadaku. ‘’Kalau cikgu seorang yang banyak pengetahuan cuba cikgu jawab satu soalan saya”. Terkejut saya apabila dicabar begitu. Berdebar juga masa tu. Maklumlah sebab kita ni tak boleh jangka apa yang pelajar berfikir. Saya menyaka dia nak mengenakan saya tetapi rupanya tidak. Saya bertanya kepada pelajar tersebut. “ Apa yang awak nak tanya?’’ Saya akan jawab kalau saya boleh jawab. Pelajar tersebut berkata lagi, “ bukan apa cikgu, dah banyak kali saya tanya cikgu lain-lain tetapi jawapannya lebih kurang je. Macam ni cikgu. Allah telah tetapkan kita jodoh dengan seseorang  tetapi tak boleh ke kita mencarinya?. Atau kita perlu menunggunya? Ini soalan yang saya dapat daripada pelajar tersebut. Sebelum saya menjawab soalan itu saya bertanya dulu apa jawapan yang selalu diberi oleh cikgu lain kepada pelajar tersebut. Pelajar itu menjawab macam ni..” cikgu kata jodoh tu dah ditetapkan dan suatu hari nanti akan bertemulah, tak perlu bimbang dan tak perlu bersusah payah”. Cepatlah cikgu..saya nak tahu jawapan cikgu muda pulak. Pelajar tersebut memaksa saya menjawab. Saya dengan spontan menjawab..”beginilah kalau awak nak tahu..rezeki siapa yang bagi? Pelajar itu menjawab “Allah”. Perlu tak kita berusah mencari rezeki? Pelajar itu menjawab “perlulah. Kalau tak macam mana nak dapat rezeki tu. Saya berkata lagi..’bukan ke rezeki tu Allah yang bagi? Mengapa perlu bersusah payah mencari. Mengapa perlu bimbang? Pelajar itu bingung seketika. Pelajar itu menjawab..cikgu, saya tanya cikgu soalan lain kan?bukan pasal rezeki...cepatlah cikgu. Saya berkata kepada pelajar itu yang konsepnya sama saje dengan jodoh tadi. Kalau jodoh Allah tetapkan dan rezeki Allah tetapkan, tetapi kita perlu berusaha mencarinya. Itu semua tidak akan datang bergolek. Begitu dengan rezeki. Sudah kita tahu bahawa Allah memberi rezeki tetapi kita perlu berusaha mencarinya dan yang menetapkan rezeki kita sebanyak mana itu ialah Allah. Sama juga dengan jodoh. Jika jodoh ditetapkan Allah tetapi kita perlu mencarinya. Yang menetapkan dia tu jodoh kita atau tidak ialah Allah. Yakinlah dengan Allah. Janganlah berputus asa. Pelajar tersebut tersenyum lebar dan tak henti-henti ucap terima kasih kepada saya. “cikgu, tak ada lagi yang bagi jawapan sebernas ini, cikgulah yang pertama”. Pelajar tersebut mengeluarkan kata-kata. Sejak daripada peristiwa tu pelajar tersebut ‘respect’ saya.

Maksud yang ingin saya ketengahkan ialah bercinta itu boleh tetapi biarlah kena pada niatnya. Alangkah bagus kalau niat kita untuk menikahinya dan mendapat keredhaan Allah. Mencintai tidak semestinya memiliki. Berusaha mencari tak salah. Yang penting kita tahu niat dan tujuan kita. Biarlah bersederhana dalam bercinta. Jangan kita khayal dengan cinta yang tak pasti. Cinta yang pasti dan kekal abadi ialah cinta Ilahi. Bergembira tak salah tetapi terlalu gembira pada sesuatu yang tak pasti itu sia-sia dan padah menanti sebabnya yang bakal muncul itu adalah duka yang mengahncurkan. Mencintai tidak semestinya memiliki. Mencitai manusia tidak menjanjikan kebahagiaan yang kekal tetapi mencintai Illahi nescaya kekal bahagia. Mencintai tidak semestinya memilik. Mencintai manusia biarlah berpada-pada kerana manusia hanya boleh memberi janji tetapi terbatas untuk menunaikannya. Mencintai Allah sepenuh hati sudah pasti membawa erti dan semua janji-Nya pasti akan ditepati dan tidak mustahil. Yakinlah dengan Allah.

Sebarang komen dialu-alukan....


Hakikat Cinta Menurut Islam

Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong berarti cinta itu berkurang. Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” [Riwayat Bukhari dan Muslim] Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t.” Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di dunia.” Bagaimanakah yang dikatakan hakikat cinta itu? Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. 

Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t.: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Al-Anfaal:45] Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri. Dalam hal ini, orang yang mencintai itu ada tiga macam: 1. Orang yang mempunyai keinginan tertentu dari orang yang dicintainya. 2. Orang yang berkeinginan terhadap orang yang dicintainya. 3. Orang yang berkeinginan seperti keinginan orang yang dicintainya. Inilah yang merupakan tingkatan zuhud yang paling tinggi kerana dia mampu menghindari setiap keinginan yang bertentangan dengan orang yang dicintainya. Firman Allah s.w.t.: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [A’li Imran:31] Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Apakah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi KebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang ‘alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)” [Riwayat At-Tirmidzi] Ibnu Abbas berkata: Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui kemungkaran itu, maka azab Allah akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya mahupun orang-orang yang baik. Umar Ibn Abdul Aziz berkata: Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-oeang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa. “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya”( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan ) Mencintai tempat dan rumah sang kekasih. 

Di sinilah letaknya rahsia seseorang yang menggantungkan hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta kepada Ka’abah dan Baitulahhilharam serta masjid-masjid sehinggakan dia rela berkorban harta dan meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun akan terasa ringan dan menyenangkan. Bukannya seperti kebanyakan daripada manusia zaman ini yang lebih cintakan harta benda daripada apa yang sepatutnya mereka cintai. Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi s.a.w. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama nuih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerund terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya: Apakah “wahan” itu hai Rasul s.a.w? Nabi s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut mati” [Riwayat Abu Daud] Mencintai apa yang dicintai sang kekasih. Dengan mematuhi segala perintah Allah s.w.t. serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. “Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [Al-Baqarah:208] Berkorban untuk mendapatkan keredhaan sang kekasih Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap sekiranya dia mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintainya daripada (cintanya kepada) anak dan bapanya serta sekelian manusia” [Riwayat Asy-Syaikhany, An-Nasaai, Ibnu Majah dan Ahmad] Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang dicintai, maka beliau sanggup berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan kecintaannya itu kepada sang kekasih yang dicintainya. Oleh yang demikian, kedudukan iman seseorang masih belum dianggap mantap kecuali menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling mereka cintai, lebih besar dari cinta kepada diri mereka sendiri apalagi cinta kepada anak dan seterusnya keluarga dan harta benda. Firman Allah s.w.t.: “Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri[1200] dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik[1201] kepada saudara-saudaramu (seagama). adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah)” [1200] Maksudnya: orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan. [1201] yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta. [Al-Ahzab:6] Cemburu kepada yang dicintai. Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dilanggar dan diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf dan nahi mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad sebagai tanda cinta kepada-Nya. Firman Allah s.w.t.: ”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui” [Al-Maaidah:54] Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. ”Hai nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3] ”Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)” [106] yang dimaksud dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah. [Al-Baqarah:165] “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah” [Al-Maaidah:50] “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” [Al-Baqarah:188] Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku mendengar Rasul s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi” [Riwayat Al-Hakim]
[Dipetik dari buku Cinta dan Rindu oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah / Al-Hikam oleh Syeikh Ibn Ata'illah Al-Sakandari]

Kemanisan Disebalik kepahitan

Waktu berlalu pantas seperti berlari, tapi antara waktu itu, ada cerita antara kita…kisah suka mahupun duka…namun, semua itu pasti akan menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidup kita…hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. sesuai dengan apa yang ingin ku sampaikan di sini, hidup kita nie umpama roda..kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah…tak selamanya hidup kita nie akan senangkan…pengalaman mengajar aku untuk hidup lebih berdikari dan matang dalam menempuhi pelbagai ragam dan dugaan yang mendatang.

Kemanisan disebalik kepahitan???apakah itu??? Bak kata orang, manis macam madu, pahit macam hempedu…contohnya makanan manis, ramai orang suka,,,kalau pahit, cuba sekali pasti dah tak nak kan…tapi, kalau terlebih manis pun tak boleh juga…nanti dapat pula penyakit kencing manis…susah nanti…oleh itu, dalam makanan kita mestilah ada pelbagai rasa, barulah kita dapat menikmati makanan dengan lebih berselera…sama juga dengan kehidupan…kita mesti nak hidup yang ceria dan gembira…sebagai manusia yang normal, aku juga sama…namun begitu, kehidupan kita juga punyai pelbagai rasa…ada yang manis, ada yang masam, ada juga yang masin…tak tertinggal juga yang pahit…ishhh, macam mane plak tue ye…maksudnya, hidup kita nie tak selalunya ceria, kadangkala ada masalah yang mendatangi kita…atas diri kita lah sama ada mampu atau tidak untuk menghadapi segala masalah itu dengan sewarasnya…apabila aku tidur pada malam hari, aku memohon pada Allah mengampunkan segala dosa-dosaku pada hari tersebut dan kuharap ku mampu melelapkan mata dengan hati dan jiwa yang tenang… lupakan masalah buat seketika dan dapat tidur dengan lena tanpa gangguan…Dan setiap pagi bangun dari tidur aku berdoa semoga hari yang kulalui pada hari nie lebih bahagia dan ceria dari hari semalam…aku bersyukur kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah sehari lagi untuk menikmati hidup dan berpeluang melihat dunia ciptaan Illahi ini lagi…

Kadangkala Allah sengaja sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan yang lebat sehingga hati ini tertanya-tanya ke mana hilangnya mentari…rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik lagi indah. Itulah kuasa Yang Maha Esa…tak siapa tahu tak siapa yang mampu menduganya…hanya Dia yang tahu…seringkali kita dengar dan menyatakannya, kita sebagai manusia nie hanya mampu merancang je,tapi segalanya terletak di tangan Allah kerana hanya Dia yang akan menentukan yang mana terbaik untuk diberikan kepada hambaNya…tepat sekali…berbalik kepada apa yang cuba disampaikan di sini…kemanisan…kita pasti sentiasa inginkan kemanisan yang berpanjangan…namun begitu, kadangkala kepahitan itu muncul jua tanpa disangka oleh kita sendiri. Begitulah lumrah hidup. Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia beri padaku kaktus yang berduri…ku minta pula kupu-kupu, diberiNya ulat…aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar…namun, tak lama kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali…dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik…begitulah cara Allah mengasihi diri kita…selalu indah tiba pada waktunya…kebiasaannya, kita akan mengalami kehidupan yang pahit dulu sebelum munculnya kebahagiaan…ini terjadi kerana Allah ingin menguji kita dan seharusnya kita bersyukur dan redha menerima setiap ujian dengan penuh kesabaran…kesabaran kunci kebahagiaan…

kita perlu sedar, hari nie bukanlah semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan…sekali langkah tersadung, rebah menyembah…sekali melangkah gagah, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata…selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usahlah digusar pada ANUGERAH ALLAH…anggaplah apabila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan…kita jangan mudah menyerah tanpa bertarung terlebih dahulu…maksudnya di sini, sekiranya apa yang kita inginkan tidak dapat dikecapi, jangan kita terus berputus asa…tetapi, kita perlu bangkit dan berusaha dengan lebih gigih. Pasti kejayaan akan menjadi milik kita…alihkan mata mu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan…tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya… begitulah dengan kehidupan manusia…riang tawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan…jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai…airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang…jika rasa sedih, pandanglah ke langit… sedarlah bahawa Allah sentiasa bersama kita…walau apa yang terjadi, kita tak perlu takut dan risau kerana kita tidak keseorangan…kita masih ada Allah di sisi kita…perbanyakkan berdoa dan seterusnya bertawakal…sentiasa percaya dan yakin pada Yang Maha Kuasa…akan ada jalan terbaik untuk dilalui di kemudian hari…akhir kata, sebaik-baik yang sempurna, masih terdapat kekurangan di dalamnya…itulah lumrah manusia…wallahuallam…

Wednesday, January 18, 2012

Perempuan Cantik Kentut Wangi

Sebelum saya sambung, apa yang saya coret di atas tu mungkin diakui benar oleh budak lelaki yang baru belajar menggatal setelah mendapat respon dari anak dara pingitan yang baru belajar bercinta,cinta dan sama waktu dengannya...."perempuan cantik kentut wangi". Pada budak lelaki itu, kentut anak dara yang digilainya amat wangi bagai perfume Prada walaupun baunya masyaallah mengalahkan bau lori sampah...

Women is very simple. Secantik-cantik puteri rupawan atau seburuk-buruk nenek kebayan wanita tetap sama, kentut mereka tetap busuk juga. Namun tahap kebusukannya bergantung kepada apa yang wanita itu makan dan hadam enam atau lapan jam sebelumnya. Jika telur separuh masak atau makanan protein tinggi yang di makan, makan gas yang terbit dari proses pencernaan itu akan menghasilkan bau yang amat tidak wangi dan biasanya silent and deadly. Huhuhu

Jangan marahlah wahai wanita/perempuan yang terasa. Apa yang saya coretkan ini adalah saja2 dan tiada kena mengena dengan makhluk yang lain. Saya coretkan ini sebab sekarang ni macam-macam kata-kata pujaan daripada si budak lelaki kepada budak perempuan yang dicintainya. Sebenarnya rupa paras 2tu adalah sementara je..janganlah riak. Andai kata si budak lelaki berkata yang dia mencintai si budak perempuan itu kerana rupanya yang cantk, senyuman yang manis, mukanya yang ayu, baunya yang wangi dan macam-macam lagilah yang berkaitan bentuk fizikal. Apa akan terjadi sekiranya si budak perempuan ini ditakdirkan kemalangan ke apa ke yang menyebabkan bentuk fizikal yang dipuja si budak lelaki tadi hilang?semua yang dipuja sudah hilang....apa nilai sebenarnya cinta si budak lelaki tadi?sudah tiada cintakah?

Jadi, mencintai orang biarlah kerana agamanya, budi pekertinya dan keikhlasannya. Tidak ada yang tercela jika semuanya baik walaupun fizikal tak meletup. Kepada budak perempuan yang berbangga dengan kecantikannya untuk menjadikan umpan kegilaan si budak lelaki, insaflah...jangan kita mengagungkan kecantikan yang Allah berikan keranya ianya sementara je dan milik abadi Allah..ingatlah semuanya sama je kecuali amal dan iman. Andai si budak perempuan itu cantik macam mana sekali pun tapi semuanya sama je...kentut pun tetap busuk...hahahahaha..jangan marah.

So kepada wanita yang kurang cantik, percayalah, paras dan rupa bukan ukuran untuk menjadi seorang yang lebih berkualiti. Kualiti seorang wanita terletak pada kelembutan dan kesabaran yang ada padanya. Pada teman wanita yang lembut dan sabar ibarat pohon Rhu di pesisir pantai, tetap tegak berdiri walau dilanda ribut, ombak dan badai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mazlie's Design 2014 © Hak Cipta Terpelihara
Direka Khas Oleh Mazlie Muhammad